“Manusia Terbang”

KEJADIAN ‘manusia terbang’ atau lebih dikenali sebagai UFH (Unidentified Flying Humanoid) masih menjadi misteri sejak sekian lama. Cerita manusia terbang turut dilaporkan telah disaksikan segelintir penduduk di seluruh dunia. Ramai pihak tampil dan mengatakan pernah melihat ‘manusia terbang’ ini.

Ada di antara mereka mengatakan manusia terbang ini mempunyai peralatan yang aneh yang menyebabkan ia terbang. Ada pula yang mengatakan manusia terbang ini menuntut ilmu sihir seperti yang sering ditunjukkan di dalam filem ahli sihir dan penyapu terbangnya.

Pada 18 September 1877, W.H.Smith tampil dan memberitahu akhbar New York Sun bahawa dia telah melihat objek pelik berbentuk seakan-akan manusia berkepak yang terbang melintasi Brooklyn, New York.

Tiga tahun kemudian terdapat beberapa laporan dari wilayah Coney Island, Brooklyn. Aduan tersebut mengatakan manusia yang mempunyai kepak seperti kelawar terbang setinggi 1000 kaki di udara. Menurut kajian pakar crytopzoolgy mengatakan kes tersebut ada kaitan dengan makhluk misteri Mothman.

Pada tahun 1905 di Voltana, Spain seramai 240 orang melihat fenomena misteri manusia terbang. Mereka mengatakan manusia tersebut terbang melayang dengan memakai baju putih tanpa menggunakan alat bantuan apa pun. Kadangkala manusia ia terbang melawan arus angin.

Pada penghujung tahun 1936 ketika musim dingin di Pavlodar Kazakhztan. Seorang remaja bernama E.Loznaya mengatakan melihat sesuatu kejadian yang pelik ketika dia hendak menuju ke sekolah di mana dia mendapati manusia yang berpakaian serba hitam dan memakai topi keledar serta membawa sesuatu benda yang berbentuk tong atau beg sandang di belakangnya terbang tinggi dengan keadaan laju. Ketika ia terbang E.loznaya mendengar bunyi bising dari objek tersebut.

Fenomena manusia terbang turut berlaku berdekatan pantai Pelotas, Brazil awal tahun 1950. Masyarakat setempat menamakan objek tersebut sebagai Brazilian Birdmen.

Beberapa video amatur berjaya merakam manusia terbang di Mexico pada tahun 2004, namun sehingga kini tiada bukti kukuh yang menunjukkan kewujudan manusia terbang.

Advertisements

Comments are closed.

%d bloggers like this: