Black Hole

TERDAPAT satu fenomena aneh yang dikenali sebagai Black Hole yang menyimpan pelbagai rahsia dan misteri alam telah dijumpai oleh beberapa pakar kaji angkasa.

Dikatakan kejadian aneh yang berlaku pada Black Hole didapati sama seperti misteri Segitiga Bermuda iaitu apabila sesuatu benda mendekati dua kawasan misteri tersebut akan ghaib tanpa diketahui ke mana ia menghilang.

Penemuan itu mencetuskan kebimbangan di kalangan ramai pihak yang khuatir memikirkan kemungkinan matahari dan planet termasuk bumi akan turut disedut Black Hole.

Bayangkan Black Hole yang bersaiz besar yang terawang di angkasa mampu menyedut sebarang benda yang mendekatinya termasuk planet sehinggalah kepada cahaya yang tidak memiliki jisim.

Black Hole juga turut dikenali sebagai ‘bintang hitam’ dan ‘singularitas’. Teori mengenai kewujudannya telah dikemukan lebih dari 222 tahun lalu iaitu pada 1783. Ilmuan barat, John Mitchell, setelah meneliti teori gravity Isaac Newton, berpendapat mungkin wujud suatu fenomena seperti Black Hole.

Menurutnya, jika suatu objek dilemparkan ke atas secara menegak, objek itu akan terlepas daripada pengaruh graviti bumi selepas mencapai kelajuan lebih dari 11 kilometer perdetik. Sehubungan itu, beliau mengemukan teori bahawa tidak mustahil terdapat planet atau bintang yang memiliki daya tarikan graviti yang lebih besar daripada daya tarikan graviti bumi.

Pada asalnya Black Hole adalah sejenis bintang biru yang memiliki suhu permukaan lebih dari 25,000 Celsius dan terhasil dari ledakan dahysat sebuah bintang yang dikenali sebagai bintang merah raksasa.

Pada tahun 1968, istilah Black Hole digunakan buat pertama kalinya oleh ahli fizik Amerika Syarikat, John Archibald Wheeler pada tahun 1968 selepas mendapati kawasan itu sentiasa gelap dan tidak dapat dilihat kerana ia turut menyedut cahaya ke dalamnya.

Ahli astronomi dari Max Planck Institute for Extraterrestrial Physics, Jerman, dikatakan pernah melihat sebutir bintang sebesar matahari lesap ditelan Black Hole yang terletak di pusat galaksi RX J 1242-11 yang jaraknya kira-kira 700 tahun cahaya dari planet bumi.

Sehingga kini, kajian mengenai Black Hole masih diteruskan oleh ahli astronomi. kesimpulannya ahli astronomi mengatakan Black Hole yang terdapat di galaksi Bima Sakti ini masih berada dalam keadaan terkawal.

Namun, masih terdalu banyak rahsia berhubung kewujudan fenomena aneh di angkasa yang masih belum diterokai dan boleh dipelajari terutama bagi generasi muda.

Advertisements

Comments are closed.

%d bloggers like this: