Planet ke-12?

BENARKAH wujud planet yang ke-12? Jika ya, apa buktinya? Dan yang paling penting adakah planet ini berbahaya kepada bumi? Inilah persoalan yang sehingga kini masih belum terjawab.

Bermula dari zaman Mesopotamia dan juga pada era kegemilangan kota Babylon yang diperintah oleh Raja Nebuchadnezza terdapat sebuah kisah dongeng tentang planet yang ke-12 (termasuk matahari dan bulan) berada di dalam sistem solar dan dikenali sebagai Planet X atau Planet Nibiru.

Tidak seperti planet lain yang mempunyai satu orbit, planet ini mempunyai dua orbit.

Beberapa pakar menganggap tamadun Sumeria ini adalah tamadun pertama dan tertua wujud di bumi. Buktinya adalah penemuan satu batu bersurat atau dikenali Skrip Cuneiform.

Di dalam skrip tersebut tercatat setiap 3600 tahun, dipercayai Nibiru akan menghampiri ruang orbit di antara bumi dan bulan.

Pertengahan tahun 2003 lalu ada khabar angina mengatakan bahawa Planet X melalui sistem solar dan menghampiri bumi.

Jika ini berlaku, bumi akan berhenti berputar dan mengelilingi orbit selama lebih kurang tiga hari.

Beberapa catatan mengenai pekara ini tercatat di dalam kitab Injil, epik kaum Maya dan juga lagenda Hopi.Tetapi sehingga kini tiada apa-apa yang berlaku.

Planet Nibiru dikatakan bersaiz empat kali lebih besar dan 23 kali lebih padat dari planet bumi. Ada pakar mengatakan planet ini lebih besar daripada Planet Pluto. Pakar tersebut juga mengatakan muka buminya yang tandus, letusan gunung berapi, gempa bumi dan bencana alam yang lain boleh memudaratkan planet-planet berhampiran.

Pekara ini berkemungkinan disebabkan oleh kuasa magnetic Planet Nibiru yang besar. Planet ini juga boleh menganggu kestabilan geografi serta keadaan bentuk muka bumi.

Semasa tamadun Sumeria, penduduk- penduduknya mempercayai dewa-dewa. Antaranya dewa Marduk dan mempunyai kaitan dengan kewujudan Planet Nibiru. Selain itu, kosmologi Babylon juga ada mengatakan kewujudan Nibiru ini tetapi kenyataan ini tidak dikaji dengan lebih lanjut oleh ahli sejarah mahupun pakar astronomi.

Pihak NASA ada mengatakan wujud satu komet yang besar dan mereka masih mengkaji komet tersebut dan buat permulaan ini NASA tidak dapat membuat andaian sama ada komet tersebut Planet Nibiru.

Banyak kajian mengenai planet ini dilakukan, namun kewujudannya masih menjadi misteri. Ia sukar dikesan walaupun melalui alat teropong planet kerana kedudukannya yang berada jauh dari Pluto.

Malahan pusingan orbitnya yang berlawanan menyukarkan planet ini dikesan. Pada pendapat para pengkaji, Planet Nibiru jika memasuki orbit bumi, berkemungkinan planet bumi bertembung dengan Nibiru adalah besar.

Ilmu tentang angaksa amat menarik dan mendorong ramai orang ingin ke angkasa untuk menerokai. Sesungguhnya yang paling penting Tuhan yang menciptakan semua kejadian ini untuk kita berusaha mengetahui dan mempelajari perihal isi alam sebanyak mana yang boleh.

Advertisements

Comments are closed.

%d bloggers like this: