Archive for the X-Files Category

Planet ke-12?

Posted in X-Files on September 15, 2007 by mysteryofxfiles

BENARKAH wujud planet yang ke-12? Jika ya, apa buktinya? Dan yang paling penting adakah planet ini berbahaya kepada bumi? Inilah persoalan yang sehingga kini masih belum terjawab.

Bermula dari zaman Mesopotamia dan juga pada era kegemilangan kota Babylon yang diperintah oleh Raja Nebuchadnezza terdapat sebuah kisah dongeng tentang planet yang ke-12 (termasuk matahari dan bulan) berada di dalam sistem solar dan dikenali sebagai Planet X atau Planet Nibiru.

Tidak seperti planet lain yang mempunyai satu orbit, planet ini mempunyai dua orbit.

Beberapa pakar menganggap tamadun Sumeria ini adalah tamadun pertama dan tertua wujud di bumi. Buktinya adalah penemuan satu batu bersurat atau dikenali Skrip Cuneiform.

Di dalam skrip tersebut tercatat setiap 3600 tahun, dipercayai Nibiru akan menghampiri ruang orbit di antara bumi dan bulan.

Pertengahan tahun 2003 lalu ada khabar angina mengatakan bahawa Planet X melalui sistem solar dan menghampiri bumi.

Jika ini berlaku, bumi akan berhenti berputar dan mengelilingi orbit selama lebih kurang tiga hari.

Beberapa catatan mengenai pekara ini tercatat di dalam kitab Injil, epik kaum Maya dan juga lagenda Hopi.Tetapi sehingga kini tiada apa-apa yang berlaku.

Planet Nibiru dikatakan bersaiz empat kali lebih besar dan 23 kali lebih padat dari planet bumi. Ada pakar mengatakan planet ini lebih besar daripada Planet Pluto. Pakar tersebut juga mengatakan muka buminya yang tandus, letusan gunung berapi, gempa bumi dan bencana alam yang lain boleh memudaratkan planet-planet berhampiran.

Pekara ini berkemungkinan disebabkan oleh kuasa magnetic Planet Nibiru yang besar. Planet ini juga boleh menganggu kestabilan geografi serta keadaan bentuk muka bumi.

Semasa tamadun Sumeria, penduduk- penduduknya mempercayai dewa-dewa. Antaranya dewa Marduk dan mempunyai kaitan dengan kewujudan Planet Nibiru. Selain itu, kosmologi Babylon juga ada mengatakan kewujudan Nibiru ini tetapi kenyataan ini tidak dikaji dengan lebih lanjut oleh ahli sejarah mahupun pakar astronomi.

Pihak NASA ada mengatakan wujud satu komet yang besar dan mereka masih mengkaji komet tersebut dan buat permulaan ini NASA tidak dapat membuat andaian sama ada komet tersebut Planet Nibiru.

Banyak kajian mengenai planet ini dilakukan, namun kewujudannya masih menjadi misteri. Ia sukar dikesan walaupun melalui alat teropong planet kerana kedudukannya yang berada jauh dari Pluto.

Malahan pusingan orbitnya yang berlawanan menyukarkan planet ini dikesan. Pada pendapat para pengkaji, Planet Nibiru jika memasuki orbit bumi, berkemungkinan planet bumi bertembung dengan Nibiru adalah besar.

Ilmu tentang angaksa amat menarik dan mendorong ramai orang ingin ke angkasa untuk menerokai. Sesungguhnya yang paling penting Tuhan yang menciptakan semua kejadian ini untuk kita berusaha mengetahui dan mempelajari perihal isi alam sebanyak mana yang boleh.

Advertisements

Misteri ledakan Tunguska

Posted in X-Files on July 27, 2007 by mysteryofxfiles


LEDAKAN yang paling dahsyat pernah berlaku 100 tahun lalu di kawasan  berhampiran sungai Tunguska, Siberia Tengah, Russia. Ledakan yang sekuat 30 megaton itu menarik perhatian pelbagai pihak yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing untuk mengkaji dan merungkai misteri yang menimpa kawasan tersebut.
Pada awal pagi 30 Jun 1908, segelintir manusia yang hidup di gurun Gobi pada waktu itu telah menyaksikan bebola api yang meluncur laju di langit dan akhirnya hilang disebalik banjaran di Mongolia.

Beberapa ketika kemudian terjadi ledakan yang dahsyat, api menjulang setinggi langit, disusuli dengan gelombang panas serta angin taufan sehingga turun hujan yang berwarna hitam.

20 tahun kemudian satu ekspedisi yang diketuai oleh Prof. L. Kulik, pakar kaji meteor berjaya mengumpulkan beberapa fakta kejadian. Kawasan hutan seluas 800 kaki persegi musnah sama sekali.

Kuasa letupan tersebut dijangka melebihi 1000 kali lebih kuat dari bom atom yang dijatuhkan di Hiroshima.
Namun sehingga akhir hayat Prof L. Kulik gagal untuk membuktikan kejadian tersebut berpunca dari meteor kerana hingga kini tiada serpihan asteroid atau komet ditemui.
Ada pendapat lain yang mengatakan ledakan tersebut berpunca dari nuklear kerana terdapat penemuan beberapa butir-butir magnetit ukuran mikroskop di samping butir-butir silikon seperti kaca yang mengandung partikel besi yang menyamai bahan nuklear.

Penelitian dan analisa Dr. Felix Zigel pakar bidang aeroangkasa mengatakan bukti-bukti dari gelombang balistik dan bentuk daerah kerusakan menunjukkan bahwa lintasan yang ditempuh oleh benda dari kosmos itu bukanlah lurus, melainkan semula datang dari arah selatan, di atas desa Keshma membelok ke timur dan diatas desa Preobrazhenka berubah arah ke barat. Tiba di sebelah utara desa Vanavara terjadilah ledakan maha dahsyat itu.

Lintasan yang tidak selari itu mungkin dilakukan oleh suatu benda alamiah, melainkan hanya dapat dilakukan oleh suatu benda buatan, sehingga timbullah dugaan bahawa penyebabnya ialah wahana antariksa yang datang dari peradaban lain!

Pasukan dari University of Bologna mengatakan tasik berdekatan mempunyai struktur yang mungkin boleh dikaitkan dengan letupan tersebut. Menurut mereka setelah dikaji bentuk muka bumi Tasik Cheko seperti ada impak meteor yang merempuh. Namun teori ini disanggah oleh laporan pasukan yang pernah dating ke situ pada tahun 1960 dengan mengatakan Tasik Cheko berusia dalam lingkungan 5000 hingga 10,000 dan jarak ledakan tersebut juga jauh dari Tasik Cheko.

Black Hole

Posted in X-Files on July 11, 2007 by mysteryofxfiles

TERDAPAT satu fenomena aneh yang dikenali sebagai Black Hole yang menyimpan pelbagai rahsia dan misteri alam telah dijumpai oleh beberapa pakar kaji angkasa.

Dikatakan kejadian aneh yang berlaku pada Black Hole didapati sama seperti misteri Segitiga Bermuda iaitu apabila sesuatu benda mendekati dua kawasan misteri tersebut akan ghaib tanpa diketahui ke mana ia menghilang.

Penemuan itu mencetuskan kebimbangan di kalangan ramai pihak yang khuatir memikirkan kemungkinan matahari dan planet termasuk bumi akan turut disedut Black Hole.

Bayangkan Black Hole yang bersaiz besar yang terawang di angkasa mampu menyedut sebarang benda yang mendekatinya termasuk planet sehinggalah kepada cahaya yang tidak memiliki jisim.

Black Hole juga turut dikenali sebagai ‘bintang hitam’ dan ‘singularitas’. Teori mengenai kewujudannya telah dikemukan lebih dari 222 tahun lalu iaitu pada 1783. Ilmuan barat, John Mitchell, setelah meneliti teori gravity Isaac Newton, berpendapat mungkin wujud suatu fenomena seperti Black Hole.

Menurutnya, jika suatu objek dilemparkan ke atas secara menegak, objek itu akan terlepas daripada pengaruh graviti bumi selepas mencapai kelajuan lebih dari 11 kilometer perdetik. Sehubungan itu, beliau mengemukan teori bahawa tidak mustahil terdapat planet atau bintang yang memiliki daya tarikan graviti yang lebih besar daripada daya tarikan graviti bumi.

Pada asalnya Black Hole adalah sejenis bintang biru yang memiliki suhu permukaan lebih dari 25,000 Celsius dan terhasil dari ledakan dahysat sebuah bintang yang dikenali sebagai bintang merah raksasa.

Pada tahun 1968, istilah Black Hole digunakan buat pertama kalinya oleh ahli fizik Amerika Syarikat, John Archibald Wheeler pada tahun 1968 selepas mendapati kawasan itu sentiasa gelap dan tidak dapat dilihat kerana ia turut menyedut cahaya ke dalamnya.

Ahli astronomi dari Max Planck Institute for Extraterrestrial Physics, Jerman, dikatakan pernah melihat sebutir bintang sebesar matahari lesap ditelan Black Hole yang terletak di pusat galaksi RX J 1242-11 yang jaraknya kira-kira 700 tahun cahaya dari planet bumi.

Sehingga kini, kajian mengenai Black Hole masih diteruskan oleh ahli astronomi. kesimpulannya ahli astronomi mengatakan Black Hole yang terdapat di galaksi Bima Sakti ini masih berada dalam keadaan terkawal.

Namun, masih terdalu banyak rahsia berhubung kewujudan fenomena aneh di angkasa yang masih belum diterokai dan boleh dipelajari terutama bagi generasi muda.

“Manusia Terbang”

Posted in X-Files on July 1, 2007 by mysteryofxfiles

KEJADIAN ‘manusia terbang’ atau lebih dikenali sebagai UFH (Unidentified Flying Humanoid) masih menjadi misteri sejak sekian lama. Cerita manusia terbang turut dilaporkan telah disaksikan segelintir penduduk di seluruh dunia. Ramai pihak tampil dan mengatakan pernah melihat ‘manusia terbang’ ini.

Ada di antara mereka mengatakan manusia terbang ini mempunyai peralatan yang aneh yang menyebabkan ia terbang. Ada pula yang mengatakan manusia terbang ini menuntut ilmu sihir seperti yang sering ditunjukkan di dalam filem ahli sihir dan penyapu terbangnya.

Pada 18 September 1877, W.H.Smith tampil dan memberitahu akhbar New York Sun bahawa dia telah melihat objek pelik berbentuk seakan-akan manusia berkepak yang terbang melintasi Brooklyn, New York.

Tiga tahun kemudian terdapat beberapa laporan dari wilayah Coney Island, Brooklyn. Aduan tersebut mengatakan manusia yang mempunyai kepak seperti kelawar terbang setinggi 1000 kaki di udara. Menurut kajian pakar crytopzoolgy mengatakan kes tersebut ada kaitan dengan makhluk misteri Mothman.

Pada tahun 1905 di Voltana, Spain seramai 240 orang melihat fenomena misteri manusia terbang. Mereka mengatakan manusia tersebut terbang melayang dengan memakai baju putih tanpa menggunakan alat bantuan apa pun. Kadangkala manusia ia terbang melawan arus angin.

Pada penghujung tahun 1936 ketika musim dingin di Pavlodar Kazakhztan. Seorang remaja bernama E.Loznaya mengatakan melihat sesuatu kejadian yang pelik ketika dia hendak menuju ke sekolah di mana dia mendapati manusia yang berpakaian serba hitam dan memakai topi keledar serta membawa sesuatu benda yang berbentuk tong atau beg sandang di belakangnya terbang tinggi dengan keadaan laju. Ketika ia terbang E.loznaya mendengar bunyi bising dari objek tersebut.

Fenomena manusia terbang turut berlaku berdekatan pantai Pelotas, Brazil awal tahun 1950. Masyarakat setempat menamakan objek tersebut sebagai Brazilian Birdmen.

Beberapa video amatur berjaya merakam manusia terbang di Mexico pada tahun 2004, namun sehingga kini tiada bukti kukuh yang menunjukkan kewujudan manusia terbang.

Naga

Posted in X-Files on June 20, 2007 by mysteryofxfiles

HAMPIR setiap budaya di seluruh dunia menceritakan kisah naga yang merupakan haiwan legenda yang dianggap mistik. Setiap kisah itu mempunyai persamaan iaitu naga mempunyai kepala yang menyerupai ular atau buaya serta boleh mengeluarkan api dari mulut.

Dikatakan terdapat 30 jenis naga yang berbeza bentuk fizikalnya mengikut setiap kisah yang sering diceritakan di seluruh dunia.

Masyarakat timur mengatakan naga memiliki badan berbentuk ular, muka mirip kuda serta mempunyai tanduk seperti rusa. Masyarakat barat pula menggambarkan naga menyerupai dinosaur yang bernama Tyranosaurus, mempunyai kepak untuk terbang dan membiak dengan cara bertelur.

Ada beberapa pendapat dari ahli crpytozoology (pakar ilmu biologi yang mengkaji kewujudan haiwan-haiwan mistik, mitos atau legenda) mengatakan naga pra-sejarah telah wujud melalui proses evolusi.

Ia mempunyai struktur tulang kepak yang ringan dan membolehkan ia mengawalnya ketika terbang. Kepak naga yang mencecah selebar 20 kaki itu masih tidak mencukupi untuk naga mengapungkan diri.

Oleh sebab itu, naga akan menggunakan ruang khas dalam badannya yang berisi dengan gas hidrogen dan metana yang ringan dari udara bagi membantu mengapungkan diri.

Selain itu, gas hidrogen dan metana ini juga digunakan sebagai senjata dengan memanipulasikannya sebagai api lalu menghembuskan nafas berapi melalui mulutnya.

Sotong Gergasi

Posted in X-Files on June 11, 2007 by mysteryofxfiles

MENURUT mitologi Norse kurun ke-12, terdapat sejenis makhluk gergasi yang dikenali sebagai Kraken (Crab-fish atau Krake) yang habitatnya di dasar laut. Ia mempunyai 8 tentakel dan saiznya dikatakan sebesar sebuah pulau (floating island) yang terapung di atas laut seperti yang digambarkan oleh Erik Ludvigsen dari Norway.

Pada tahun 1802, malacologist Perancis, Pierre Denys de Monfort telah membuat kajian dan telah mengenal pasti kewujudan sotong kurita gergasi di dalam Histoire Naturelle Générale et Particulière des Mollusques, sebuah karya mengenai mollusks (golongan binatang yang mempunyai badan lembut dan tidak bertulang belakang).

Kraken mempunyai kekuatan luar biasa dan mampu menenggelamkan kapal-kapal besar. Kajian Monfort turut mengisahkan serangan Kraken terhadap sebuah kapal layar dari Saint- Malo di luar perairan Angola.

Di dalam kajian tersebut, Monfort mengatakan terdapat beberapa orang kelasi kapal dan pemburu ikan paus pernah melihat Kraken.

Monfort telah membuat satu kenyataan sensasi di mana sepuluh buah kapal perang British telah hilang secara misteri dalam satu malam pada tahun 1782. Menurutnya kapal-kapal tersebut telah tenggelam akibat diserang oleh sotong gergasi yang sangat besar yang dipercayai makhluk Kraken.

Namun pihak British telah menyangkal pendapat Monfort dengan memberitahu kehilangan kapal-kapal tersebut bukan disebabkan serangan Kraken.

Sungguhpun begitu, Monfort masih percaya kewujudan Kraken dan telah membuat catatan dari beberapa sumber yang mempercayai kewujudan Kraken sebagai sotong gergasi.

Selain itu kajian Monfort, terdapat juga beberapa kisah serangan Kraken di antaranya semasa Perang Dunia ke-2, sebuah kapal perang telah ditenggelamkan oleh Kraken dan salah seorang askarnya telah menjadi santapan makhluk tersebut.

Pada tahun 1930-an pula sebuah lagi kapal, Brunswick kepunyaan Royal Norwegian Navy juga diserang sebanyak tiga kali tetapi mereka dapat melarikan diri dari makhluk tersebut.

Ada kajian yang mengatakan Kraken boleh membunuh ikan paus kerana terdapat sesetengah bangkai ikan paus yang terdampar di tepi pantai mempunyai kesan-kesan jerutan tentakel pada badannya.

Ada pendapat yang mengaitkan sotong kurita gergasi pada masa kini adalah keturunan Kraken kerana bentuk badannya hampir sama dengan Kraken. Kini tiada lagi laporan mengenai Kraken sama ada ia masih wujud atau sudah pupus.

Tengkorak Kristal

Posted in X-Files on June 5, 2007 by mysteryofxfiles

TERDAPAT beberapa replika tengkorak kristal yang merupakan salah satu objek berkuasa luar biasa dan mempunyai nilai estetik yang tinggi. Tengkorak kristal dipercayai merupakan replika tengkorak manusia tertua yang wujud. Kebanyakannya diukir dan dipahat daripada ketulan kristal dalam batu kuarza kerana mempercayai batu ini dapat menangani masalah fizikal dan mental manusia.

Tengkorak kristal yang dianggap legenda dan terkenal adalah tengkorak kristal Mitchell-Hedges. Dinamakan sempena seorang arkeologi British F. Albert Mitchell-Hedges dan berasal dari Amerika Tengah. Ia ditemui di Lubaantum, sebuah kota Mayan purba yang terletak di Belize (British Honduras) pada tahun 1924.

Perkara yang menakjubkan tentang artifak tengkorak kristal ini adalah seni pertukangannya yang begitu teliti dan menyerupai tengkorak yang sebenar, lengkap dengan tulang rahang yang boleh dikeluarkan.

Anak perempuan Albert, Anna Mitchell-Hedges mendakwa, apabila dia tidur berhampiran tengkorak kristal, dia bermimpi tentang tamadun-tamadun India purba dan boleh menggambarkan kehidupan mereka secara terperinci.

Tiada kesan calar

Pada 1964 sebuah syarikat komputer yang terbesar, Hewlett-Packard telah menjalankan satu uji kaji ke atas tengkorak kristal tersebut. Syarikat tersebut membuktikan bahawa tengkorak kristal yang mempunyai berat 11 pound itu tidak mempunyai kesan calar walaupun dilihat melalui mikroskop.

Ini membuktikan tiada penggunaan bahan logam dalam mencipta tengkorak kristal manakala bahan kristal yang digunakan adalah lebih halus daripada berlian.

Kajian tersebut juga mengatakan usia tengkorak kristal tidak dapat dijangka. Jenis kristal kuarza yang terdapat pada tengkorak kristal itu juga mampu menjana elektrik dan menyerupai bateri kerana terdapat kutub positif dan kutub negatif.

Teknik ukiran yang terdapat pada tengkorak kristal tersebut menentang axis batu kristal yang kebiasaannya tidak dilakukan kerana ia akan memecahkan batu kristal.

Terdapat beberapa lagi tengorak kristal yang sama dengan tengkorak Mitchell-Hedges iaitu tengkorak kristal Rose Quartz, tengkorak Aztec, tengkorak kristal Texas, tengkorak kristal Mayan dan tengkorak Amethyst.

Pada akhir kurun ke-19 fenomena tengkorak kristal mula menjadi tumpuan orang ramai. British Museum di Britain adalah antara muzium pertama mempamerkan tengkorak kristal yang paling menyamai saiz tengkorak manusia sebenar.